Wednesday 29 August 2012


# Teknik merakam gambar yang menarik #

 

1. Memilih latar belakang bersesuaian

Latar belakang yang indah mampu menarik ‘mood’ foto anda dan terbaik dengan memfokuskan kepada subjek utama seperti wajah atau suasana di meja makan bagi menampakkan kemeriahan hari raya.
Kalau boleh, buka lampu di bahagian atas atau belakang bagi mendapatkan warna foto yang asli selain menutup ‘flash’ sekiranya pencahayaan mencukupi.

2. Fokus kepada mata

Terdapat pepatah Inggeris menyatakan ‘The eyes are the window to the soul’ (Mata adalah tingkap jiwa). Bagi mengelakkan ‘mata merah’ (red eye) kelihatan pada skrin kamera, pengguna perlu memadam fungsinya dalam tetapan.

3. Pencahayaan

Pencahayaan yang cukup membantu meningkatkan kualiti foto menarik terutama penciptaan emosi. Ia boleh dilakukan sama ada menggunakan pencahayaan asli seperti lampu di rumah atau ‘flash’ yang terdapat pada kamera digital.

4. Mod kamera

Kebanyakan kamera DSLR di pasaran memiliki ciri yang sama iaitu merakam senyuman dengan automatik sebaik pengguna menekan butang klik (semak ciri yang disediakan terlebih dahulu).
Fungsi terbabit membenarkan rakaman lebih menarik dan mengelak ‘aksi’ kurang manis pada gambar. Untuk menetapkan fungsi terbabit, pengguna boleh menjenguk ruangan tetapan atau butang khas yang disediakan bagi setiap produk kamera DSLR.
Malah, teknologi masa kini memerlukan setiap kamera DSLR mempunyai mod dalaman seperti ‘gambar bayi’, landskap, parti dan sebagainya yang boleh digunakan ketika suasana tertentu.

5. Sudut

Secara amnya, dunia hanya memiliki dua sudut iaitu menegak atau melintang namun pengguna tidak seharusnya dihadkan dengan kedua-duanya saja. Gunakan kreativiti dalam menentukan sudut yang berlainan dalam mempelbagaikan memori dirakam.
  • Eksperimen foto anda dengan suntingan menggunakan perisian Photoshop.
  • Padankan tekstur individu dengan latar belakang.
  • Muatkan subjek dalam ‘frame.’ Contohnya gambar menerusi tingkap, kotak dan sebagainya.
  • Tidak perlu terlalu mengikut komposisi.
  • Gunakan teknik pendedahan lebihan atau kurang terhadap subjek.
  • Rakam foto secara kandid bagi mendapatkan suasana emosi berlainan.
  • Minta subjek ‘pose’ dengan gaya berlainan.
  • Rakam ciri menarik pada subjek. Contohnya baju.
  • Gunakan bayang-bayang dan reflek subjek.
  • Eksperimen foto anda dengan fotografi makro.
  • Kaburkan imej mengikut kesesuaian dan keunikan gambar.
  • Eksperimen foto dengan lensa atau ‘filter’ berlainan.
Untuk permulaan, sekiranya anda mahu berjinak-jinak dengan kamera DSLR, pelajari butang yang terdapat direka menempatkan beberapa ciri seperti kelajuan shutter, apertur, dedahan, manual malah jangan lupa mengkaji mod automatik. Ia mungkin berguna sekiranya anda mahu mendapatkan bacaan yang dicadangkan mengikut suasana tertentu.
Kamera DSLR memang memuaskan dan pelaburan yang berbaloi sekiranya anda betul-betul berminat, namun ilmu mengenainya harus dimuatkan terlebih dahulu dan bukan sekadar merakam foto diri sendiri.
Kalau setakat mahu merakam foto sendiri, lebih baik guna kamera telefon saja.

No comments:

photographer&videographer

My photo
~portrait ~model ~wedding ~function ~journalist

Popular Posts