Friday 19 October 2012

menjustifikasikan harga perkhidmatan mereka kepada pelanggan.

Apabila anda mengupah seorang jurufoto untuk 
merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah terlalu mahal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM10,000-RM20,000. Selain dari kos pembelian, kos penyelenggaraan peralatan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurufoto mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurufoto, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurufoto
Untuk menjadi seorang jurufoto yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang baik. Selain dari itu, jurufoto juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang baik dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurufoto itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurufoto adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurufoto cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurufoto. Dengan itu, jurufoto mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurufoto selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurufoto akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Proses ini boleh memakan masa beberapa hari.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurufoto. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurufoto walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Wednesday 29 August 2012


# Teknik merakam gambar yang menarik #

 

1. Memilih latar belakang bersesuaian

Latar belakang yang indah mampu menarik ‘mood’ foto anda dan terbaik dengan memfokuskan kepada subjek utama seperti wajah atau suasana di meja makan bagi menampakkan kemeriahan hari raya.
Kalau boleh, buka lampu di bahagian atas atau belakang bagi mendapatkan warna foto yang asli selain menutup ‘flash’ sekiranya pencahayaan mencukupi.

2. Fokus kepada mata

Terdapat pepatah Inggeris menyatakan ‘The eyes are the window to the soul’ (Mata adalah tingkap jiwa). Bagi mengelakkan ‘mata merah’ (red eye) kelihatan pada skrin kamera, pengguna perlu memadam fungsinya dalam tetapan.

3. Pencahayaan

Pencahayaan yang cukup membantu meningkatkan kualiti foto menarik terutama penciptaan emosi. Ia boleh dilakukan sama ada menggunakan pencahayaan asli seperti lampu di rumah atau ‘flash’ yang terdapat pada kamera digital.

4. Mod kamera

Kebanyakan kamera DSLR di pasaran memiliki ciri yang sama iaitu merakam senyuman dengan automatik sebaik pengguna menekan butang klik (semak ciri yang disediakan terlebih dahulu).
Fungsi terbabit membenarkan rakaman lebih menarik dan mengelak ‘aksi’ kurang manis pada gambar. Untuk menetapkan fungsi terbabit, pengguna boleh menjenguk ruangan tetapan atau butang khas yang disediakan bagi setiap produk kamera DSLR.
Malah, teknologi masa kini memerlukan setiap kamera DSLR mempunyai mod dalaman seperti ‘gambar bayi’, landskap, parti dan sebagainya yang boleh digunakan ketika suasana tertentu.

5. Sudut

Secara amnya, dunia hanya memiliki dua sudut iaitu menegak atau melintang namun pengguna tidak seharusnya dihadkan dengan kedua-duanya saja. Gunakan kreativiti dalam menentukan sudut yang berlainan dalam mempelbagaikan memori dirakam.
  • Eksperimen foto anda dengan suntingan menggunakan perisian Photoshop.
  • Padankan tekstur individu dengan latar belakang.
  • Muatkan subjek dalam ‘frame.’ Contohnya gambar menerusi tingkap, kotak dan sebagainya.
  • Tidak perlu terlalu mengikut komposisi.
  • Gunakan teknik pendedahan lebihan atau kurang terhadap subjek.
  • Rakam foto secara kandid bagi mendapatkan suasana emosi berlainan.
  • Minta subjek ‘pose’ dengan gaya berlainan.
  • Rakam ciri menarik pada subjek. Contohnya baju.
  • Gunakan bayang-bayang dan reflek subjek.
  • Eksperimen foto anda dengan fotografi makro.
  • Kaburkan imej mengikut kesesuaian dan keunikan gambar.
  • Eksperimen foto dengan lensa atau ‘filter’ berlainan.
Untuk permulaan, sekiranya anda mahu berjinak-jinak dengan kamera DSLR, pelajari butang yang terdapat direka menempatkan beberapa ciri seperti kelajuan shutter, apertur, dedahan, manual malah jangan lupa mengkaji mod automatik. Ia mungkin berguna sekiranya anda mahu mendapatkan bacaan yang dicadangkan mengikut suasana tertentu.
Kamera DSLR memang memuaskan dan pelaburan yang berbaloi sekiranya anda betul-betul berminat, namun ilmu mengenainya harus dimuatkan terlebih dahulu dan bukan sekadar merakam foto diri sendiri.
Kalau setakat mahu merakam foto sendiri, lebih baik guna kamera telefon saja.

malang nyerrr huhu

hati-hati iklan di mudah.my.... siap ada no phone n ic skali.

http://www.majalah.com/?profile%3Aawang-

q%3A8CJ0RVGLPH 

Wednesday 7 March 2012

cara-cara menjaga kecantikan diri sendiri ~ selamat beramal `renung2kan ;)

Petua 1 (menghaluskan dan menanggalkan daki di badan)


Bahan-bahan : daun sirih, beras


Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.


Petua 2


Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.


Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.
Labels: menanggalkan daki, menghaluskan kulit badan, petua kulit badan

Wednesday 22 February 2012

ini kah fakta atau ......???

1 – Sup



Kepercayaan dulu-dulu: Makanan berasaskan sup ini bagus untuk kesihatan, malah mampu menurunkan berat badan. Alah, nama pun sup, apalah yang ada dalam sesebuah sup?


Fakta: Bukan semua sup mengandungi rendah kalori. Sup berasaskan binatang empat kaki (sup daging, sup kambing, sup ekor) mengandungi kalori yang tinggi daripada lemak tepu binatang. Kalori daripada lemak tepu ini tidak menyihatkan, meskipun kamu berniat untuk menaikkan berat badan.




2 - Kepercayaan dulu-dulu: (Sekali lagi) Asalkan awak tak makan nasi untuk makan malam, awak boleh kurus punya. Makan sesuatu yang rebus-rebus seperti Yong Tau Foo ke, dah cukup…


Fakta: Kalori tersembunyi Yong Tau Foo terletak pada kuahnya; tinggi kandungan gula, dan juga mengandungi minyak (namun ini bergantung kepada resepi yang digunakan si penjual). Bayangkan anda menuang sebotol sos cili keatas sehidangan tauhu rebus, rasa-rasanya berani tak nak menghirup kuah Yong Tau Foo tu? Aku pernah lihat ada individu yang menghirup kuah Yong Tau Foo apabila tauhu-tauhu dan bebola yang lain sudah habis (ini kes Yong Tau Foo kuah banjir).




3 - Twisties (Snek ringan)




Kepercayaan dulu-dulu: Berapa la sangat, setakat satu pek besar Twisties. Dah la tak mengenyangkan, makan sambil tonton TV, sedar-sedar dah habis. Benda kecil je tu. Tak perlu risaulah kawan!


Fakta: Sebungkus pek besar Twisties mengandungi kira-kira 490kcal (suku daripada jumlah kalori purata yang kita perlukan dalam sehari). Dan siapa sangka, separuh daripada nilai kalori tersebut berasal daripada lemak! Oh ya, perumpamaan mudah, disebabkan satu pek besar Twisties mengandungi kira-kira 20g lemak, jumlah tersebut sebenarnya bersamaan dengan kira-kira 2 sudu besar minyak masak. Maka secara teorinya menghabiskan sebungkus besar pek Twisties adalah bersamaan dengan menghirup 2 sudu besar minyak masak. Tak percaya? Terpulanglah.


Kepercayaan dulu-dulu: Kalau nak sihat ketika makan di kedai mamak, silalah makan capati, kerana capati ni kurang berminyak. Jangan makan roti canai, kerana roti canai banyak minyak. Tak percaya? Tengoklah yang kilau-kilau pada permukaan roti canai tu.


Fakta: Mesti ramai yang tak tahu. Tapi capati sebenarnya adalah ‘pembohongan’ paling berjaya oleh pemilik kedai mamak kepada mereka yang meluahkan kata-kata di atas. Ya, capati sememangnya mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah capati menggunakan minyak sapi (lemak tepu) disamping mentega, dan di situlah terletaknya kalori tersembunyi yang ramai mungkin tidak mengetahuinya. Untuk pengetahuan semua, sekeping capati (100g) mengandungi jumlah kalori yang hampir sama sahaja dengan sekeping roti canai (100g), iaitu 300kcal.

20 tips fotographer

Berikut 20 tips singkat fotographer untuk anda menambah informasi dan kemampuan fotographer anda, saya yakin beberapa sudah pernah dilakukan tetapi semoga beberapa lainnya merupakan informasi baru. 


Untuk melatih kemampuan panning anda, potretlah benda yang sedang bergerak dengan kecepatan normal (orang naik motor misalnya), gunakan mode shutter priority dan set shutter speed maksimal 1/30 detik, lebih lambat lebih baik. 
Untuk memotret makro (jarak super dekat), aktifkan fitur Live View kamera digital anda agar lebih mudah memeriksa depht of field dan fokus.
Filter CPL (polaris) sangat berguna untuk menghilangkan pantulan sinar matahari di air dan kaca, dan juga berfungsi memperbaiki warna langit. Pernahkah anda mengenakan kacamata hitam dengan polariser?
di Saat anda memotret bayi/anak-anak, pastikan anda memusatkan perhatian ke mata. Tak ada yang  mengalahkan keindahan mata anak-anak.


Megapiksel bukanlah filter terpenting dari sebuah kamera, ukuran sensorlah filter yang paling penting
Untuk foto portait (wajah) di luar ruangan, usahakan ketika cuaca sedang mendung. walaupun tidak, carilah tempat yang redup dan tidak terkena sinar matahari secara langsung. Sinar matahari membuat bayangan yang keras di wajah.
Ketika anda memotret di posisi minima cahaya dan kesusahan menggunakan autofokus, gantilah dengan manual fokus. Filter autofokus dikamera biasanya cukup lama mencari titik fokus di posisis 
Untuk foto siluet, pastikan anda matikan flash serta gunakan mode sunset (untuk kamera pocket), untuk DSLR gunakan mode manual dan ukurlah eksposure di area terang di belakang objek
Download-lah buku manual versi pdf untuk kamera anda, sehingga anda mudah melakukan pencarian secara cepat untuk kata yang ingin anda ketahui dibanding harus membelek-balik halaman kertas.
Sebelum berangkat memotret, periksa kembali setting kamera anda, jangan sampai anda menggunakan setting yang salah (memotret landscape dengan ISO 1000 misalnya). Menurut para fotografer pro, urutan penggunaan yang paling baik adalah berikut: cek White Balance – aktifkan filter Highlight warning – cek setting ISO – cek ukuran Resolusi foto anda.
Formatlah memory card hanya di kamera, jangan pernah memformat memory card dikomputer. Selain jauh lebih cepat dan mudah juga jauh lebih aman jika anda melakukannya di kamera.
Jika anda memiliki kapasiti hard disk yang berlebihan di komputer serta suka melakukan foto editing, gunakan format RAW di saat memotret, jika tidak cukup gunakan JPG. ¶
Jika anda benar-benar menyukai fotografi landscape, fotolah di jam-jam berikut: dari jam 5 sampai jam 8 pagi, serta dari jam 4 sampai jam 7.
Ketika memotret, lihatlah area paling terang yang masuk ke viewfinder anda. Kalau terangnya terlalu teruk dibanding area lain, gantilah sudut pemotretan.
Untuk memotret HDR, gunakan mode auto bracket. Satu lagi: untuk foto HDR landscape yang dahsyat, tunggulah sampai muncul awan mendung sedikit, lalu mulalah memotret. 
Jika anda membeli lensa atau kamera bekas, pastikan anda melakukan transaksi dengan bertemu penjualnya secara langsung. Anda harus menguji barangnya, memegang dan mencubanya
Sepanjang memungkinkan, gunakan settingan ISO serendah mungkin. Meskipun noise reduction biasa mengurangi noise yang dihasilkan oleh ISO yang tinggi, namun akan mengurangi detail foto secara keseluruhan. 
Kalau warna membuat foto anda terlalu “banyak” dan ramai, ubahlah foto anda menjadi foto hitam putih
Untuk menghasilkan foto hitam putih yang bagus, perhatikan kontras dalam foto anda. Semakin banyak kontras (area gelap dan terang yang beragam), semakin bagus foto hitam putih anda.
Bawalah kamera kemanapun anda pergi, cara paling cepat meningkatkan kemampuan fotografi anda adalah dengan memperbanyakan melihat jam, tidak ada yang lebih baik dari itu .

belajar ambil gambar

Artikel ini akan merangkumi beberapa tips agar foto anda lebih tajam,tidak kira anda adalah orang baru atau lama kerana ini lah caranya untuk kita menjaga kualiti kerja yang sebenar-benarnya ....
antara cara-caranye adalah seperti berikut:

Cara memegang kamera

Cara memegang kamera sangat berpengaruh pada kestabilanya kamera (baca: ketajaman foto), bacalah bagaimana cara memegang kamera yang baik.

Shutter Speed.

Jika anda mempercepat shutter speed, maka foto anda akan semakin tajam. Ingat aturan buku agar foto tajam di saat anda memotret handheld : ” gunakan shutter speed yang lebih cepat dibanding panjang fokal lensa anda”. :

Jika panjang lensa anda 50mm, potretlah dengan shutter speed 1/60 detik atau lebih cepat
Jika panjang lensa anda 100mm, gunakan shutter speed 1/125 detik atau lebih cepat
Jika panjang lensa anda 200mm, gunakan shutter speed 1/250 detik atau lebih cepat

Aperture

Aperture berpengaruh pada depth of field (daerah fokus dalam foto anda). untuk Mengurangi aperture (memperbesar angkanya, misal anda memilih f/22) akan menambah depth of field, area tajam dalam foto akan semakin besar meliputi objek yang dekat mahupun jauh, sehingga ketajaman foto secara keseluruhan  berkurang.
Maka lakukan sebaliknya, pilih aperture yang besar (angkanya kecil, misal f/4), maka anda akan memusatkan area tajam hanya didekat fokus. Memilih aperture yang besar memungkinkan anda mendapatkan shutter speed yang lebih cepat.

ISO

Menambah ISO akan mempercepat shutter speed serta memungkinkan anda memilih aperture yang lebih besar. Jika anda memotret di dalam ruangan, perbesar-lah ISO, tapi jangan berlebihan (misal: pilih ISO 600 untuk memotret didalam rumah). memilih ISO yang terlalu tinggi (diatas 800), bisa menyebabkan noise (bintik hitam kecil) dalam foto mulai terlihat.

Fokus

Jangan hanya percaya dengan autofokus kamera, periksalah secara cermat menggunakan mata dimata titik fokus anda berada. Ketika memotret wajah dalam jarak dekat, pastikan fokusnya jatuh diarea mata. Ketika memotret objek, pastikan fokusnya memang ada dimana anda ingin area tersebut paling tajam. Autofokus kamera sememangnya saja salah dan akan menjatuhkan fokus disamping objek yang anda inginkan.

Lensa

Jika anda kebetulan memiliki kamera SLR, pilihlah lensa terbaik yang biasa anda beli. Lensa yang berkualiti baik secara drastik meningkatkan ketajaman foto anda. Lensa KIT yang biasanya ditawarkan dijual sebagai paket komplit bersama kamera biasanya kualiti-nya payah. Saran saya, jika anda baru membeli kamera DSLR, belilah secara terpisah antara kamera (body only) dan lensa. Jangan membeli paket KIT. Lensa dengan kualiti bagus biasanya ditandai dengan aperture yang besar (misal f/2.8).

Sweet Spot Lensa

Lensa memiliki sweet spot-nya masing-masing. Sweet spot adalah aperture tertentu dimana lensa akan menghasilkan foto yang paling tajam. Sweet spot lensa biasanya berada dua stop diatas batas maksima kemampuan aperture lensa. Misalnya, untuk lensa f/2.8 maka sweet spot-nya ada di f/5.6. Maka gunakan aperture f/5.6 jika anda memotret dengan lensa itu, foto anda akan tajam setajam silet.

Tripod

Tripod memang tidak praktis dan merepotkan, namun jika anda “sudi” membawanya, anda akan memperoleh foto yang lebih tajam. Terutama jika anda ingin menghasilkan foto HDR atau panorama, relakanlah membawa tripod.

sekian
ini sahaja yang dapat kami
papar kan daripada pengalaman yang diperolehi dari ..
freelancefotographer~

photographer&videographer

My photo
~portrait ~model ~wedding ~function ~journalist

Popular Posts